Thursday, April 16, 2009

Batu aked teratai bernombor 00 (8)


Batu ni pemberian seorang kawan.Pada batu tertera nombor o o dan sekiranya dipandang sekali imbas seperti nombor 8.Pernah ditawarkan oleh seorang cina untuk membelinya dengan harga RM1000 kerana katanya batu tersebut ada ong kerana nombor yang tertera padanya.

Buntat Siput




Buntat siput ni saya temui semasa kekebun.Sebelum ni saya ada juga temui buntat siput laut.Bezanya cuma dari segi saiz dan warna.Menurut beberapa paranormal yang saya temui,buntat siput kegunaannya adalah sebagai pakaian diri.

Batu Mata Kucing Emas


Batu mata kucing mas ini saya temui bersama dengan group pencari harta karun juga dibawah tanah serai makan bunga.Memang batu jenis ni susah untuk ditemui dan banyak warga cina mencarinya kerana dipercayai ada ong kalau dibawa berjudi dan teka nombor ekor.

Telur Burung Jadi Batu


Batu ini diberikan oleh kawan.Ia adalah telur burung yang menjadi batu.Bila digoncang kedengaran dalamnya mempunyai isi.Kegunaannya adalah untuk tahan badan dan perabun.

Batu Permata Serai


Batu ni saya temui bersama dengan group pencari harta karun.Ditemui dibawah tanah pokok serai makan yang berbunga bersama pelbagai jenis batu,senjata dan barang kemas lama.Kegunaannya untuk pelaris dan pemanis.

Geliga Embun






Saya temui geliga ni di atas daun keladi semasa berjogging.Berwarna jernih dan bentuk ada yang bulat dan bujur.Mengikut mereka yang arif geliga ini pernah digunakan oleh Pahlawan Mat Kilau yang mana bila beliau terkena embun maka lukanya akan bertaut kembali.

Wednesday, March 18, 2009

Klik untuk mendapatkan wang/clicks to get money in usd

Berikut adalah cara untuk mendapatkan wang secara percuma dan keahlian adalah percuma juga.

Click advertisment to get money in usd.Free membership.

http://numenmail.com/pages/index.php?refid=rainygold

Geliga Semut


Geliga semut ini saya temui selepas balik daripada Masjid Kuala Dulang Kuala Klawang Jelebu.Saya temui didalam beg yang saya gunakan untuk menyimpan kain sarung,songkok dan tasbih.Semasa saya temui, geliga ini sedang dihurungi semut.Dan menurut beberapa paranormal,ia adalah geliga semut yang gunanya adalah untuk pelaris niaga.Salah satu daripada sifat geliga semut adalah kemana kita bawa maka disitu akan ada semut yang akan datang menghampiri kita dan jika diletak pada lidah beberapa minit,ia akan melekat seperti digam dan lidah akan terasa sesuatu yang mungkin tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata.

Monday, March 9, 2009

Program affiliate percuma untuk jana kewangan/Free affiliate program to get free money

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak stabil,disini saya berikan satu program menjana wang secara percuma.

CBclickbank.com free affiliate program where you can earn $161,452.38 just by refering Your 3 friends! Click on the link and join.

http://cbclickbank.com/affiliate/?r=rainygold

Friday, February 27, 2009

Cincin Besi Kursani 9 Sultan,Buluh perindu Dan Batu Marjan Hijau




Cincin Besi Kursani 9 Sultan saya perolehi dari seorang kiai dan digandingkan dengan besi kuning dalam sarang tebuan.Khasiatnya adalah untuk kebal,rezeki dan pendinding.Buluh perindu pula dari seorang kawan dan Batu Marjan Hijau itu pemberian seorang kawan yang masih berdarah biru dari Jawa.Katanya gambar yang tertera dalam batu tu adalah orang sedang sujud sembahyang,namun hingga kini saya cuma dapat melihat gambar naga sedang terbang.

Wednesday, February 25, 2009

Cincin Kayu Dewa Dewi Menjadi Batu,Cincin Batu Ghaib Dan Cincin Batu Petir




Cincin diatas sekali adalah dari Kayu Dewa Dewi yang menjadi batu.Khasiatnya adalah untuk pendinding,kebal kulit dan untuk perubatan.Cincin yang ditengah diberikan oleh seorang kawan dari Jawa dan digelar cincin ghaib kerana dijumpai dari alam ghaib.Khasiatnya untuk karisma dan juga rezeki.Cincin yang dibawah adalah Cincin bermatakan batu petir merah.Khasiatnya untuk pendinding,pengerun,perubatan dan insyaallah kebal dalam masa darurat.

Cincin Raja Kayu,Cincin Tanduk Kerbau Balau dan Cincin Pahlawan Sabah Monsopiad




Cincin-cincin ini adalah koleksi peribadi,namun sekiranya ada yang berminat bolehlah dibincangkan maharnya.Cincin yang berada diatas adalah cincin bermatakan raja kayu yang menjadi batu.Dipercayai untuk kebal,karisma juga merupakan barang pukulan.Kebanyakkan pemberontak sebelah Pattani memakainya dan jika kita ke Thailand eloklah ditanggalkan kerana anda akan ditahan kerana dipercayai salah satu daripada pemberontak PULO.Cincin ditengah dibuat daripada tanduk kerbau balau dan dipercayai untuk menangkis ilmu tuju-tuju atau santau dan cincin yang dibawah adalah dipercayai cincin peninggalan Pahlawan Sabah yang bernama Monsopiad dan kegunaannya adalah sebagai pengasih.

Kepompong besi kuning




Kepompong besi kuning ini dipercayai boleh digunakan sebagai barang kebal jika berkhadam.Untuk mengaktifkan khadamnya,pemilik hendaklah berpuasa petigeni selama 44 hari.Iaitu setiap hari isnin dan khamis.Dalam masa itu ada amalan tertentu yang perlu dibuat namun semuanya bergantung pada amalan kebatinan yang dipraktikkan.Kepompong besi kuning ini diberikan oleh seorang kawan yang bermastautin di Kalimantan Indonesia.Katanya terdapat satu kawasan gunung disitu sering dijumpai kepompong tersebut namun semuanya bergantung pada rezeki dan niat mereka yang datang kesitu.Kepompong yang ada pada saya ini belum diaktifkan.Gambar diatas saya ambil dalam internet kerana barang yang ada pada saya serupa seperti gambar tersebut.

Monday, February 23, 2009

Tanduk Kucing




Orang Tua yang memberikan Tanduk kucing ini mengatakan ianya adalah untuk belas kasihan.Umpama kita melihat kucing itulah perasaan orang yang melihat kita.Kucingkan haiwan yang digemari oleh Nabi.

Assallammuallaikum Dan Salam Muhibbah



Dalam pengembaraan ini menuju yang HAK,banyak pengalaman,pengajaran dan hadiah-hadiah yang tak ternilai yang telah saya kutip samada untuk simpanan peribadi mau pun untuk dimaharkan bagi kegunaan seharian.Dan hasilnya disedekahkan kepada mereka mereka yang memerlukan.Semoga amal bakti jariah ini mendapat tempat disisinya untuk bekalan pengembaraan menuju yang HAK.Insyaallah.

Disini akan saya paparkan hadiah-hadiah yang di kutip sepanjang pengembaraan ini dan sekiranya ada sesiapa yang berkenan silalah berhubung dengan saya dan kepada mereka-mereka yang lebih berilmu dan tahu kegunaan satu-satu barang diharapkan untuk berkongsi ilmu bersama disini.

Gambar ini adalah Delima Putih dari Gunung Ledang.Khasiatnya adalah untuk perubatan,pendinding dan juga rezeki.Khadamnya 3 sekeluarga.