Friday, February 27, 2009

Cincin Besi Kursani 9 Sultan,Buluh perindu Dan Batu Marjan Hijau




Cincin Besi Kursani 9 Sultan saya perolehi dari seorang kiai dan digandingkan dengan besi kuning dalam sarang tebuan.Khasiatnya adalah untuk kebal,rezeki dan pendinding.Buluh perindu pula dari seorang kawan dan Batu Marjan Hijau itu pemberian seorang kawan yang masih berdarah biru dari Jawa.Katanya gambar yang tertera dalam batu tu adalah orang sedang sujud sembahyang,namun hingga kini saya cuma dapat melihat gambar naga sedang terbang.

Wednesday, February 25, 2009

Cincin Kayu Dewa Dewi Menjadi Batu,Cincin Batu Ghaib Dan Cincin Batu Petir




Cincin diatas sekali adalah dari Kayu Dewa Dewi yang menjadi batu.Khasiatnya adalah untuk pendinding,kebal kulit dan untuk perubatan.Cincin yang ditengah diberikan oleh seorang kawan dari Jawa dan digelar cincin ghaib kerana dijumpai dari alam ghaib.Khasiatnya untuk karisma dan juga rezeki.Cincin yang dibawah adalah Cincin bermatakan batu petir merah.Khasiatnya untuk pendinding,pengerun,perubatan dan insyaallah kebal dalam masa darurat.

Cincin Raja Kayu,Cincin Tanduk Kerbau Balau dan Cincin Pahlawan Sabah Monsopiad




Cincin-cincin ini adalah koleksi peribadi,namun sekiranya ada yang berminat bolehlah dibincangkan maharnya.Cincin yang berada diatas adalah cincin bermatakan raja kayu yang menjadi batu.Dipercayai untuk kebal,karisma juga merupakan barang pukulan.Kebanyakkan pemberontak sebelah Pattani memakainya dan jika kita ke Thailand eloklah ditanggalkan kerana anda akan ditahan kerana dipercayai salah satu daripada pemberontak PULO.Cincin ditengah dibuat daripada tanduk kerbau balau dan dipercayai untuk menangkis ilmu tuju-tuju atau santau dan cincin yang dibawah adalah dipercayai cincin peninggalan Pahlawan Sabah yang bernama Monsopiad dan kegunaannya adalah sebagai pengasih.

Kepompong besi kuning




Kepompong besi kuning ini dipercayai boleh digunakan sebagai barang kebal jika berkhadam.Untuk mengaktifkan khadamnya,pemilik hendaklah berpuasa petigeni selama 44 hari.Iaitu setiap hari isnin dan khamis.Dalam masa itu ada amalan tertentu yang perlu dibuat namun semuanya bergantung pada amalan kebatinan yang dipraktikkan.Kepompong besi kuning ini diberikan oleh seorang kawan yang bermastautin di Kalimantan Indonesia.Katanya terdapat satu kawasan gunung disitu sering dijumpai kepompong tersebut namun semuanya bergantung pada rezeki dan niat mereka yang datang kesitu.Kepompong yang ada pada saya ini belum diaktifkan.Gambar diatas saya ambil dalam internet kerana barang yang ada pada saya serupa seperti gambar tersebut.

Monday, February 23, 2009

Tanduk Kucing




Orang Tua yang memberikan Tanduk kucing ini mengatakan ianya adalah untuk belas kasihan.Umpama kita melihat kucing itulah perasaan orang yang melihat kita.Kucingkan haiwan yang digemari oleh Nabi.

Assallammuallaikum Dan Salam Muhibbah



Dalam pengembaraan ini menuju yang HAK,banyak pengalaman,pengajaran dan hadiah-hadiah yang tak ternilai yang telah saya kutip samada untuk simpanan peribadi mau pun untuk dimaharkan bagi kegunaan seharian.Dan hasilnya disedekahkan kepada mereka mereka yang memerlukan.Semoga amal bakti jariah ini mendapat tempat disisinya untuk bekalan pengembaraan menuju yang HAK.Insyaallah.

Disini akan saya paparkan hadiah-hadiah yang di kutip sepanjang pengembaraan ini dan sekiranya ada sesiapa yang berkenan silalah berhubung dengan saya dan kepada mereka-mereka yang lebih berilmu dan tahu kegunaan satu-satu barang diharapkan untuk berkongsi ilmu bersama disini.

Gambar ini adalah Delima Putih dari Gunung Ledang.Khasiatnya adalah untuk perubatan,pendinding dan juga rezeki.Khadamnya 3 sekeluarga.