Thursday, April 16, 2009

Batu aked teratai bernombor 00 (8)


Batu ni pemberian seorang kawan.Pada batu tertera nombor o o dan sekiranya dipandang sekali imbas seperti nombor 8.Pernah ditawarkan oleh seorang cina untuk membelinya dengan harga RM1000 kerana katanya batu tersebut ada ong kerana nombor yang tertera padanya.

Buntat Siput




Buntat siput ni saya temui semasa kekebun.Sebelum ni saya ada juga temui buntat siput laut.Bezanya cuma dari segi saiz dan warna.Menurut beberapa paranormal yang saya temui,buntat siput kegunaannya adalah sebagai pakaian diri.

Batu Mata Kucing Emas


Batu mata kucing mas ini saya temui bersama dengan group pencari harta karun juga dibawah tanah serai makan bunga.Memang batu jenis ni susah untuk ditemui dan banyak warga cina mencarinya kerana dipercayai ada ong kalau dibawa berjudi dan teka nombor ekor.

Telur Burung Jadi Batu


Batu ini diberikan oleh kawan.Ia adalah telur burung yang menjadi batu.Bila digoncang kedengaran dalamnya mempunyai isi.Kegunaannya adalah untuk tahan badan dan perabun.

Batu Permata Serai


Batu ni saya temui bersama dengan group pencari harta karun.Ditemui dibawah tanah pokok serai makan yang berbunga bersama pelbagai jenis batu,senjata dan barang kemas lama.Kegunaannya untuk pelaris dan pemanis.

Geliga Embun






Saya temui geliga ni di atas daun keladi semasa berjogging.Berwarna jernih dan bentuk ada yang bulat dan bujur.Mengikut mereka yang arif geliga ini pernah digunakan oleh Pahlawan Mat Kilau yang mana bila beliau terkena embun maka lukanya akan bertaut kembali.